Pernah tak anda buka peti sejuk dan peti ais tak sejuk, lalu anda dapati susu yang anda simpan telah basi, ais mencair, atau sayur cepat layu walaupun peti kelihatan berfungsi seperti biasa? Ini mungkin petanda peti sejuk anda tidak lagi menyejukkan dengan berkesan.
Dalam artikel ini, kami kongsikan 7 punca utama kenapa peti ais tak sejuk dan langkah yang boleh anda ambil untuk atasi masalah ini.
1. Termostat Tidak Ditetapkan Dengan Betul
Kadang-kadang, suhu peti sejuk berubah tanpa disedari , mungkin terkena tangan anak atau semasa cuci peti. Walaupun nampak remeh, tetapi ini juga boleh menyebabkan masalah peti ais tak sejuk.
Pastikan:
- Suhu peti sejuk ditetapkan antara 1°C hingga 4°C
- Freezer di bawah -18°C
Solusi: Laraskan semula suhu menggunakan kawalan digital atau tombol manual.
2. Terlalu Penuh & Menghalang Aliran Udara
Jika peti sejuk disumbat terlalu penuh, udara sejuk tak dapat beredar dengan sekata. Ini menyebabkan bahagian tertentu tak cukup sejuk.
Solusi:
- Susun barang dengan lebih teratur
- Jangan letak barang terlalu rapat ke dinding belakang peti
3. Kipas Penyejuk Tidak Berfungsi
Kipas membantu edarkan udara sejuk. Jika kipas rosak atau tersekat, ia menyebabkan peti ais tak sejuk dengan berkesan. Anda mungkin akan sedar:
- Bahagian tertentu akan jadi panas
- Bunyi kipas mungkin hilang
Solusi:
- Periksa kipas (biasanya di belakang freezer)
- Hubungi juruteknik jika perlu
4. Salur Udara Beku / Tersumbat
Jika terlalu banyak ais terbentuk di saluran udara, ia boleh:
- Menghalang peredaran sejuk
- Menyebabkan peti bawah tidak sejuk langsung
Solusi:
- Nyahbekukan (defrost) peti selama 24 jam
- Jangan biarkan pintu terbuka terlalu lama
5. Gas Refrigeran Bocor
Tanpa gas penyejuk (refrigerant), sistem penyejukan tak akan berfungsi langsung.
Tanda:
- Peti rasa panas atau suam
- Kompresor menyala tanpa henti
Solusi: Perlu panggil pakar untuk periksa kebocoran dan isi semula gas.
6. Kompresor Rosak
Kompresor adalah ‘jantung’ sistem penyejukan. Kalau ia rosak:
- Peti akan berhenti sejuk
- Bunyi ‘klik’ atau senyap sepenuhnya
Solusi: Penggantian kompresor oleh juruteknik bertauliah.
7. Peti Sejuk Terlalu Lama / Usang
Jika peti sejuk dah lebih 10 tahun, prestasi memang akan merosot. Kebanyakan usia peti ais tak sejuk selalunya telah melebihi 10 tahun.
Simptom:
- Tak jimat elektrik
- Sejuk tak sekata
- Kerap rosak
Solusi: Tukar ke model baru seperti MOVON CoolMate 418L yang lebih cekap tenaga & sejuk sekata.
👉 Lihat model peti sejuk MOVON di sini: Peti Sejuk MOVON
Penutup
Jangan biarkan masalah peti ais tak sejuk mengganggu rutin harian anda. Dengan pemeriksaan ringkas dan penyelenggaraan berkala, banyak isu boleh diselesaikan tanpa kos tinggi.
Tapi kalau peti sejuk dah uzur, mungkin dah sampai masa untuk upgrade ke peti sejuk idaman. MOVON menawarkan peti sejuk moden dengan bayaran serendah RM1 sahaja untuk mula.
📌 Klik sini untuk lihat promosi terkini: Peti Sejuk MOVON RM1